Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 24, 2012

Dua Beranak maut lepas makan - Maut dirempuh drebar mabuk




Memilukan apabila seorang bapa dan anak bongsunya yang baru selesai makan di sebuah kedai makan di Jalan Bandar Lama, di sini, dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda sehingga
tercampak sebelum disahkan .

Dalam kejadian jam 11.40 malam, Mustapa Husin, 51, berada di atas motosikal dan sedang memakaikan topi keledar anak bongsunya, Nor Natasha, 9, sebelum dirempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Bandar Baru, di sini, dipercayai dipandu seorang lelaki mabuk.

Lebih memilukan, Nor Natasha bukan saja tercampak, tetapi pada masa sama putus tangan kanan akibat kemalangan itu.

Pemandu kenderaan itu yang berusia 38 tahun melarikan diri dengan memecut kenderaannya selepas melanggar dua beranak terbabit, tetapi berjaya dicekup anggota polis ketika dalam perjalanan ke Kampung Pulai.

Difahamkan, sebelum kejadian, pemandu itu turut merempuh tiga kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Jalan Bandar Lama dan melarikan diri, menyebabkan orang ramai menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang untuk mengesannya.

Jenazah dua beranak yang menetap di Kampung Rahmat, di sini, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembaga, petang semalam.


Isteri Mustapa, Zainun Mohd Nor, 47, berkata, sebelum ini suaminya tidak pernah membawa Nor Natasha keluar makan berdua bersamanya, tetapi pada malam sebelum kejadian suaminya beria-ia mahu membawa anak bongsu daripada lapan beradik itu.

Katanya, dua minggu sebelum kejadian, suaminya tidak semena-mena berpesan supaya menjaga semua anaknya dengan baik dan mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan jika dia meninggal dunia.

“Saya tidak terlalu memikirkan perubahan suami dan menganggapnya biasa saja. Bagaimanapun, tak sangka perubahan itu rupa-rupanya petanda saya akan kehilangan suami dan anak.

“Saya reda dengan apa yang berlaku kerana ia takdir Ilahi,” katanya sebak.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive