Saya mahu tangkap buaya itu hidup-hidup.”Demikian tegas Tuai Rumah Nanga Sungai Anak dekat Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri tercinta, Siah Munsong, 42, akibat dibaham seekor buaya ganas, Bujang Sebelak dalam kejadian pada 19 Jun lalu.
Disebabkan itu, Embol bersama penduduk rumah panjang berkenaan tidak akan
menembak atau memburu buaya tersebut pada masa ini sebaliknya menunggu kehadiran bomoh untuk menangkap reptilia pembunuh itu.
Embol ketika dihubungi Kosmo! semalam berkata, dia bersama beberapa penduduk rumah panjang hanya memantau dan meronda di sungai berkenaan bagi memastikan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan buta mata kirinya itu masih berada di sungai berkenaan.
Menurutnya, meskipun ada melihat kelibat buaya itu di sungai berkenaan, dia dan penduduk kampung tidak akan menembak reptilia tersebut kerana tidak mahu ia melarikan diri.
“Kita mahu tangkap buaya itu hidup-hidup menggunakan kepakaran bomoh yang dijemput khas ke rumah panjang ini.
“Bomoh dari Skrang, Sri Aman itu tiba di rumah panjang hari ini (semalam) dan dia akan memulakan upacara malam ini sebelum mula menangkap buaya terbabit pada pukul 6 petang esok (hari ini),” katanya.
No comments:
Post a Comment