Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 30, 2012

Benarkah Sistem AES Mengumpul Saman RM885,600.00 Dalam Tempoh 48 Jam?

Kami tidak pasti sama ada maklumat ini benar atau pun tidak, tetapi menurut sumber yang boleh dipercayai, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) fasa pertama yang dipasang di 14 lokasi panas di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya mengutip saman
berjumlah RM885,600.00 dalam tempoh masa hanya 2 hari, dengan andaian setiap saman dikenakan jumlah bayaran RM300.00 (2952 saman X RM300).



Dikatakan sebanyak 2,952 keping imej pesalah lalu lintas telah berjaya dirakamkan di 14 lokasi tersebut dalam tempoh dua hari, termasuk di lokasi yang mempunyai laluan lurus dengan kelajuan maksimum ditetapkan 60 km/j. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan baru-baru ini, sejumlah 817 unit kamera AES akan dipasang di seluruh negara dalam fasa kedua tidak lama lagi.

Apa yang mengejutkan berkenaan keberkesanan penggunaan sistem AES ini ialah kemampuannya untuk merakamkan begitu banyak gambar kenderaan yang melakukan kesalahan trafik lalu lintas dalam tempoh yang begitu singkat. Ini memberikan gambaran awal bahawa lebih banyak pemandu kenderaan akan menerima saman selepas ini apabila 817 lokasi lagi di seluruh negara di pasang kamera AES.



Antara lokasi panas yang dijangka akan mengeluarkan banyak saman kepada pemandu ialah di laluan lurus dengan had maksimum kelajuan 60 km/j dan 80 km/j. Kebanyakan pemandu menghadapi kesukaran untuk mematuhi had laju di bawah kedua-dua had maksimum tersebut, terutamanya di laluan lurus, apatah lagi apabila memandu kenderaan berkuasa tinggi seperti Proton Preve CFE dan Ford Focus hatchback serba baru.





Melayukini.net - Kita datangkan satu persoalan di sini. Jika sebuah kereta berkelajuan 100 KM/J dilorong tengah, terdapat sebuah kereta berkelajuan 100KM/J juga turut berada di belakang kereta tersebut. Lalu dia mengambil keputusan untuk memotong kereta tersebut di lorong kanan, namun kelajuan terpaksa ditambah dan tidak sengaja menekan sehingga 120 KM/J. Jadi tidak boleh tidak, kereta yang memotong tersebut terpaksa membayar saman hampir RM300. Jadi bagaimana cara untuk kita memotong, atau memilih untuk memandu sambil mencucuk angin di belakang kereta lain? Orang yang memandu kereta jenis 1.6 hingga 2.0 tahu betapa ‘lemahnya’ kereta jika memandu 100 KM/J.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive