Pengikut Boyzzonne

Wednesday, November 7, 2012

4,245 mangsa banjir empat negeri

KETUA WANITA UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) memangku bayi, Mohamad Adil Putera Mohd. Amin, satu bulan, ketika melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil 

KUALA LUMPUR - Banjir akibat hujan berterusan di Johor, Melaka, Perak dan Selangor sejak seminggu lalu menyebabkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir mencecah 4,245 orang.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie (gambar kecil) berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuka pusat pemindahan di kawasan berkenaan untuk menempatkan mangsa banjir.
"Jumlah pusat pemindahan yang dibuka ialah 29 buah iaitu 17 buah terletak di Johor, dua di Melaka, dua di Perak dan lapan di Selangor," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pakej kebajikan Astro di Pusat Aktiviti Warga Emas Cheras Baru di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive