Pengikut Boyzzonne

Monday, November 5, 2012

Kulit Kelapa Tertera Kalimah Allah


HULU TERENGGANU – “Pada mulanya, saya ingatkan ia hanyalah debu walaupun kelihatan seperti huruf Jawi kerana kelapa ini hanya digantung di pagar rumah tetapi apabila diamati, rupanya tertera kalimah ALLAH dan semakin hari ia semakin jelas.”

Demikian menurut Asrul Wahab, 36, mengenai penemuan kalimah berkenaan pada kulit kelapa pandan milik
ibunya, Habsah Hod, 66, yang disifatkan mereka sekeluarga sebagai bukti kekuasaan Ilahi dan turut menarik perhatian komuniti setempat.

“Dua biji kelapa pandan tua ini diperoleh emak saya sekitar akhir Julai lalu daripada seorang saudara di Kuala Terengganu untuk dibuat benih. Sementara menunggu kelapa ini ‘bercambah’ sebelum ditanam, dia hanya gantungkannya di pagar rumah.

“Namun, kira-kira tiga minggu selepas itu ketika membersihkan halaman rumah, saya melihat salah satu kulit kelapa tersebut bagaikan berdebu tetapi kelihatan seperti huruf Jawi,” katanya.

Menurutnya, apabila diamati, ia tertera kalimah ALLAH dan semakin hari jelas dapat dilihat.
“Malah, kulit kelapa yang sebiji lagi juga berbeza sebagaimana kelapa tua yang lain. Semua ini sebenarnya antara kekuasaan-Nya.

“Keajaiban buah kelapa pandan tua ini menarik minat individu lain membelinya tetapi kami sekeluarga tidak akan menjualkannya kerana khuatir sekiranya ia disalah guna bagi perkara bertentangan dengan akidah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive