Pengikut Boyzzonne

Sunday, November 4, 2012

Setinggan Jakarta mini diserbu

SEBAHAGIAN daripada pekerja warga asing menunjukkan dokumen untuk diperiksa ketika serbuan pihak berkuasa di penempatan setinggan yang digelar Jakarta mini di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Sebuah penempatan setinggan yang digelar Jakarta mini kerana menempatkan kira-kira 500 warga asing yang kebanyakan dari Indonesia diserbu pasukan penguat kuasa di Jalan Klang Lama di sini kelmarin.
Operasi bersepadu itu diketuai
Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Turut terlibat Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam dan Pertubuhan Ikatan Relawan.
Sewaktu operasi pada pukul 11 malam itu, seramai 232 orang diperiksa oleh kira-kira 100 anggota penguat kuasa.
Mereka yang ditahan ialah 70 warga Indonesia, tiga India dan dua dari Myanmar serta Bangladesh kerana pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen diri dan perjalanan yang sah. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen, James Musa Singa berkata, serbuan itu merupakan kali pertama dilakukan ke atas kawasan tersebut yang sudah menjadi perkampungan kecil warga asing.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive