Pengikut Boyzzonne

Sunday, November 4, 2012

Bapa tidak sedar anak pandu kereta


JASIN - "Saya reda dengan apa yang berlaku, cuma satu yang saya pelik, siapa yang memandu kereta sedangkan Mohd. Hafiz sebelum ini tidak pernah menghidupkan enjin kereta, inikan pula memandu."
Demikian kata Helmi Othman, 42, bapa kepada Mohd. Hafiz yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di
Kilometer 38.5, Jalan Air Panas-Kesang malam kelmarin.
Menurut Helmi, kali terakhir dia berbual dengan anaknya pada pukul 8.30 malam di rumah mereka di Rumah Awam Kesang dan ketika itu anaknya memberitahu teringin makan mi segera.
Helmi juga mendakwa, dia tidak sedar bila anak kedua daripada tiga beradik itu keluar rumah kerana tertidur.
"Saya hanya tahu Hafiz tiada di rumah pada pukul 11.30 malam apabila ada orang telefon beritahu kereta saya terlibat dalam kemalangan.
"Apabila diperiksa, kereta saya tiada di luar dan Hafiz pula tiada di bilik," katanya.
Dakwanya, sejurus tiba di tempat kejadian, dia terkedu melihat mayat anaknya terbaring tidak bernyawa di dalam kereta tersebut.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive