Itulah nasib malang seorang penunggang motosikal yang maut dalam keadaan menyedihkan akibat
kejadian langgar lari di Kilometer 429 Lebuhraya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung, jam 6 pagi semalam.
Sumber polis trafik berkata, kejadian berlaku jam 6 pagi dan mangsa, M Velayutham, 46, dari Ipoh, Perak dipercayai maut akibat digilis beberapa kenderaan.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan paling kanan.
“Mangsa kemudian digilis beberapa kenderaan yang mengekori motosikalnya kerana dipercayai tidak sempat mengelak. Berdasarkan kecederaan pada mayat mangsa dan kerosakan motosikalnya, mangsa mungkin digilis lebih daripada sebuah kenderaan.
No comments:
Post a Comment