Pengikut Boyzzonne

Saturday, November 10, 2012

Pengarah Bunuh Diri Filem Top Gun 2 Dibatalkan

Nampaknya peminat filem Top Gun terpaksa melupakan hasrat untuk melihat aksi Tom Cruise kembali ke dalam sekuel filem itu.


Ini kerana Paramount Pictures dengan rasminya telah menghentikan pembikinan filem Top Gun 2.

Dalam laporan The New York Times, lanjutan Top Gun 2 tidak akan diteruskan kerana pengarahnya, Tony Scott telah meninggal dunia pada 19 Ogos lalu.

Tony meninggal akibat membunuh diri dengan melompat dari jambatan Vincent Thomas, di San Pedro, Los Angeles.

Tetapi sebagai ganti, Paramount akan menanyangkan semula filem itu pada Februari 2013.

Lebih menarik apabila Top Gun versi asal akan diformatkan dalam versi 3D.

Ketika ditanya, adakah Tony pernah mebincang atau menyatakan idea projek sekual Top Gun ni dalam bentuk 3D, sebelum dia mati, bagaimanapun Paramount tidak memberi sebarang kenyataan.

Top Gun merupakan salah satu film yang mengangkat nama Tom Cruise sebagai aktor paling top di Hollywood semasa ia pertama kali disiarkan iaitu sekitar 1986.

-Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive