Pengikut Boyzzonne

Thursday, November 8, 2012

Rujuk Semula Sebab Derma Hati Pada Suami


Hidup sebagai suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga sememangnya mempunyai banyak cabaran dan dugaan.
Adakalanya, bergaduh dan bertikam lidah itu perkara biasa yang terpaksa dihadapi.
Orang kata, setiap masalah yang timbul haruslah dibincangkan agar dapat diselesaikan
dengan cara yang bijak dan berhemah.
Sekiranya tiada jalan penyelesaian, mungkin perceraian adalah cara untuk meleraikan segala masalah.
Bagi pasangan suami isteri dari China, Su Dan dan Tian Xinbing mereka telah hidup bersama hampir 10 tahun.
Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak.
Namun, pada bulan Jun lalu, mereka telah bercerai kerana sudah tiada persefahaman antara diri mereka.
Jadi, mereka masih meneruskan kehidupan masing-masing selepas bercerai.
Tetapi, takdir Tuhan, pada bulan Ogos lalu, Tian Xinbing telah disahkan oleh doktor menghidap kanser hati.
Untuk mengelakkan keadaan dirinya semakin kritikal dengan penyakit bahaya tersebut, Tian Xinbing harus mendapatkan penderma yang sudi menderma hati kepadanya dengan kadar masa segera.
Walaupun sudah bercerai dengan Tian Xinbing, Su Dan masih lagi sudi untuk menolong bekas suaminya.
Kerana enggan melihat Tian Xinbing sengsara dan semakin parah sakitnya, Su Dan sanggup berkahwin semula dengan suaminya agar dia dapat mendermakan organ hatinya.
Sebanyak 590 gram hati Su Dan diambil dan dipindahkan kepada Tian Xinbing.
“Perkahwinan bukanlah sebuah sijil, yang penting ialah perasaan saya kepada dia. Ia tidak boleh dijejaskan melalui perakuan perceraian atau sijil perkahwinan. Kami telah melalui pelbagai liku hidup bersama. Jika saya enggan memdermakan organ saya kepada dia (Tian Xianbing) saya akan merasa bersalah,” kata Su Dan seperti yang dilaporkan dalam akhbar China.
Di negara China, proses mendermakan organ kepada orang lain agak sukar dijalankan sekiranya tidak mempunyai pertalian dengan penerima.
Jadi, Su Dan rela berkahwin semula dengan suaminya agar pembedahan derma organ dapat dijalankan dengan segera.
http://i.imgur.com/Tv8aO.jpg
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: http://news.163.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive