ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Sunder mati selepas ditembak seorang lelaki di Johor Bahru |
JOHOR BAHRU - Beberapa pelanggan dan pekerja sebuah pusat cuci kereta semalam gempar apabila seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak nekad
menembak mati tauke premis itu dalam kejadian di Jalan Baiduri, Taman Perling di sini semalam.
Kejadian pukul 12.45 tengah hari itu mengakibatkan N. Sundar, 36, mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan dari jarak dekat di kepala dan dadanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan memberitahu, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan dari segenap sudut untuk memburu suspek.
No comments:
Post a Comment