Pengikut Boyzzonne

Wednesday, November 7, 2012

Prosedur pakaian bomba diperketat

WAN MOHD. NOR IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memperketat prosedur pemakaian pakaian dan aksesori anggotanya semasa bertugas di lapangan bagi mengelak sebarang kejadian di luar jangkaan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil kerana terdapat
segelintir anggota yang didapati menanggalkan aksesori seperti sarung tangan dan penutup muka semasa menjalankan operasi mengawal kebakaran.
"Pakaian serta aksesori tidak boleh diambil mudah. Mereka seharusnya tidak menanggalkan aksesori atau pakaian semasa berada dalam kawasan operasi dan hanya boleh menanggalkannya apabila sudah keluar dari kawasan berkenaan," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden kecederaan yang dialami 10 anggota bomba pada muka dan tangan apabila salah satu daripada empat tangki minyak pelincir di kilang tayar di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu meletup Ahad lepas.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive