Lady Gaga
Lady Gaga
JAKARTA - Lady Gaga membatalkan konsert di Jakarta kerana bimbang akan keselamatan selepas insiden tunjuk perasaan yang diadakan oleh kumpulan agama Islam.

Polis Indonesia juga enggan mengeluarkan permit bagi bintang pop Amerika Syarikat (AS) ekoran protes.










Kumpulan yang dikenali sebagai Barisan Pembela Islam mengancam tidak membenarkan Lady Gaga turun dari pesawat.

Indonesia merupakan negara yang mempunyai ramai penganut agama Islam berbanding negara lain.

Lebih 50,000 tiket dijual untuk konsert yang dijangka diadakan 3 jun ini dan penganjur berjanji akan memulangkan wang kepada para pembeli tiket.

Ini bukan kali pertama Lady Gaga mendapat bantahan untuk lawatan di Asia.

Ini kerana, konsert beliau di Korea Selatan April lalu turut mendapat bantahan daripada kumpulan-kumpulan Kristian.

Protes turut diadakan di Filipina apabila kumpulan-kumpulan Kristian menuduhnya sebagai yang kufur.