Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 21, 2012

'Mangga cinta' tidak dilarang di Paris


PARIS - Pihak berkuasa Dewan Bandar Raya Paris tidak melarang orang ramai meletakkan 'mangga cinta' di beberapa jambatan di Sungai Seine di sini.
'Mangga cinta' itu diletakkan di pagar jambatan atau di tempat awam lain oleh pasangan lelaki dan perempuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.
"Kami membenarkan fenomena itu berdasarkan perasaan
kasih sayang," kata jurucakap dewan itu, Damien Steffan kepada agensi berita AFP.
Kebanyakan pasangan itu membuang kunci tersebut tetapi sebahagian lagi menyimpannya untuk anak-anak mereka.
Pada mangga itu, tertera kata-kata cinta.
Seorang pelancong, Suzan Field dari negeri Nevada, Amerika Syarikat menyatakan, dia dan suaminya meletakkan mangga tersebut di jambatan Pont de l'Archeveche di sini dua tahun lalu.
Menurutnya, dia merancang untuk memeriksa mangga itu setiap dua tahun. - Agensi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive