RATU Cantik dari Kazakhstan, Evgeniya Klishina bergaya dengan gaunnya ketika sesi latihan. |
ORDOS (China): Ratu cantik di seluruh dunia membuat persiapan terakhir untuk bertanding merebut gelaran Ratu Cantik Dunia di bandar perlombongan berdekatan padang pasir Gobi, semalam.
Sejumlah 116 peserta, bilangan tertinggi buat masa ini, dijadualkan bersedia untuk
kategori gaun malam dan pakaian mandi yang disaksikan kira-kira satu bilion penonton di seluruh dunia.
Tahun ini, pertandingan ini diadakan di kawasan kontang dan bandar berpenduduk sedikit di pedalaman Mongolia, di Ordos yang terletak kira-kira 700 kilometer dari pantai yang berdekatan.
Ratu Cantik Dunia Ivian Sarcos dari Venezuela, akan menyerahkan mahkotanya di stadium futuristik Ordos, yang terletak di sebelah dataran bandar itu yang didedikasikan untuk wira Mongol, Genghis Khan.
Ratu Cantik Dunia Ivian Sarcos dari Venezuela, akan menyerahkan mahkotanya di stadium futuristik Ordos, yang terletak di sebelah dataran bandar itu yang didedikasikan untuk wira Mongol, Genghis Khan.
Sejak dekad lalu, penduduk di bandar itu bertambah makmur selepas perlombongan arang batu dan menjadikannya satu daripada bandar terkaya di China. - AFP
No comments:
Post a Comment