Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 21, 2012

Jumpa 6 batang jarum peniti dalam wafer coklat

TELOK KEMANG – Enam batang jarum peniti hampir mencederakan seorang lelaki yang asyik menikmati wafer berperisa coklat yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Telok Kemang, baru-baru ini.

Saipol Bahar Mahat, 41, berkata, dia terasa seperti ada
objek keras ketika mengunyah wafer berperisa coklat berkenaan.

“Saya baru kunyah dua kali dan terasa ada benda tajam, lalu saya keluarkan benda tersebut itu.

"Alangkah terkejutnya melihat sebatang jarum peniti dan kunyahan seterusnya, saya masih merasai ada lagi objek yang sama," katanya.

Menurutnya, apabila diluahkan, dia mendapati ada enam batang jarum peniti kesemuanya.

"Saya membeli wafer coklat itu di sebuah pasar raya," katanya.

Saipol berkata, dia segera menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu.

"Saya minta isteri buang semua wafer di dalam peti sejuk kerana khuatir anak saya yang berusia 4 tahun turut memakannya.

"Saya telah membuat laporan polis dan aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Port Dickson," katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive