BEBERAPA anggota penyelamat memadamkan kebakaran pesawat ringan 202 Bravo yang terhempas di bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia di Bandung |
JAKARTA - Sebuah pesawat ringan 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas semalam mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.
Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU).
Mangsa yang terbunuh merupakan bekas pegawai TNI-AU.
Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.42 pagi, lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik.
Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukan udara seterusnya sebagai tanda berkabung.
Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 Kota Bandung yang memasuki hari ketiga semalam diteruskan hanya dengan acara pameran.
Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia mengambil bahagian pada pertunjukan udara yang dijadual berlangsung selama empat hari mulai 27 September lalu. - Bernama
No comments:
Post a Comment