Ramai yang bertanya mengapa kaum lelaki sukar sangat nak lafaskan sayang pada kita wanita kesayangnnya. Bukan lah niat wanita ingin kata sayang tu beribu kali diucap dalam sehari, cuma kadang kala kaum wanita hairan mengapa sukar sangat lelaki nak lafaskan kata sayang?
Sebenarnya kita perlu tau, lelaki memang kurang mengeluarkan kata-kata berbanding wanita sendiri. Tidak hairanlah mereka sukar nak lafas kata sayang kerana secara lahirnya lelaki memang bercakap pada sesuatu benda yang penting saja bagi dirinya. Berbeza dengan wanita yang suka bercakap walau benda remeh kan? setuju?
Wanita jangan ambil hati jika dia tak selalu lafas sayang. Mana mungkin dia tak sayang kita, lelaki melahirkan perasaan sayang melalui pandangan, sentuhan, kucupan, senyuman, perhatian dia pada kita. Kasih sayang itu datang dari hati, bukan dari mulut. Kalau lelaki kaki perempuan memang lah mereka asik ucap love u beribu kali sebab nak jerat hati kamu, tapi nak ke lelaki jenis mudah ucap sayang pada semua orang?
Fahami hati lelaki, fahami sifat lelaki dan fahami siapa lelaki kesayangan kita. Bila kita fahami mereka kita akan terima kekurangan dan kelebihan dia dengan hati terbuka. Jangan bandingkan dia dengan pasangan kawan kita, pasangan jiran kita atau pasangan adik beradik kita. Kelak kita yang rugi jika sering mencari kesempurnaan yang tak bertepi…wallahualam.
No comments:
Post a Comment