Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 30, 2012

Tunku Idris dilantik pemangku raja

TUNKU IDRIS ISKANDAR

JOHOR BAHRU - Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim semalam dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail di negeri ini.

Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Johor itu dibacakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada istiadat di Istana Pasir Pelangi di sini.
Pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan mengikut Fasal 9 (1)© dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Sultan Ibrahim menerusi Menteri Besar turut mengisytiharkan pelantikan Tunku Ismail yang kini berada di luar negara sebagai Pemangku Raja Johor, sekembalinya baginda ke negeri ini pada 19 Oktober depan.
Pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan mengikut fasal yang sama.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive