Pengikut Boyzzonne

Sunday, October 28, 2012

Ular sawa tumpang bot nelayan

ALOR GAJAH  - Seorang nelayan, terkejut apabila menyedari objek di hujung botnya yang disangka kain buruk rupanya gumpalan ular sawa sepanjang 4.5 meter, di sebuah perkampungan nelayan di sekitar daerah ini, jam 6.30 pagi, kelmarin.

Sazali Mail, 28, berkata, dia yang baru masuk ke dalam bot ketika meletakkan jaring tersentak apabila terpijak
ekor ular berkenaan yang dirasakan lembik serta bergerak.

Dia yang menjadikan nelayan sebagai sumber pendapatan utama keluarga, terus melompat keluar dan meninggalkan bot setelah melihat ular itu cuba menerkamnya dalam jarak satu meter.

“Saya lihat ular itu melingkar di bahagian bucu bot sebelum menyusur dan cuba menerkam saya. Namun, saya sempat melompat ke belakang.

“Melihat fizikalnya sebesar paha orang dewasa, berkilat dan berbau hamis, saya terasa seperti hendak termuntah sebelum berlari meninggalkan bot dan hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.  

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM, Mohd Ridzuan Rahmat, berkata, pihaknya sukar mengeluarkan ular berkenaan yang panjangnya lebih 4.5 meter dengan berat hampir 50 kilogram.

“Kami sukar mengeluarkan ular sawa itu berikutan tempat yang sempit selain perlu berhati-hati kerana bimbang akan mencederakan reptilia berkenaan.

“Selepas 15 minit, ular itu berjaya dikeluarkan dan kami dapati bahagian bawah badan ular berkenaan terdapat kesan kecederaan.

“Ular itu dirawat sebelum dilepaskan di habitat asalnya di sekitar daerah ini yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya, semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive