PIHAK berkuasa sukar untuk membendung kegiatan menjual bahan-bahan lucah kerana terdapat permintaan. - Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR – Mereka yang menghadapi masalah ketagihan untuk menonton video lucah atau bahan pornografi tergolong sebagai pesakit mental yang kronik, sekali gus menyebabkan mereka memiliki
dua personaliti berbeza.
Pensyarah Kanan Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris berkata, ketagihan tersebut diklasifikasikan sebagai satu penyakit psikologikal yang baharu.
Beliau berkata, ketagihan untuk menonton bahan tersebut menjadikan seseorang itu murung. Tabiat itu juga menyebabkan mereka berasa serba tidak kena dalam kehidupan.
“Penagih pornografi ini tidak dapat melupakan perasaan imaginasi seksual dan akhirnya mereka ini menjadi murung kerana gagal mendapatkan kepuasan seks yang merupakan khayalan semata-mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment