Pengikut Boyzzonne

Thursday, November 1, 2012

Televisyen Dadah

RAMPAS...Mohamad (kiri) melihat televisyen tempat dadah disembunyikan suspek. Gambar kecil, heroin yang dirampas.

KLANG: Helah seorang ‘keldai dadah’ menyorok dadah di dalam televisyen terbongkar apabila rumahnya diserbu dalam operasi sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di
sebuah pangsapuri di Bayu Perdana, di sini, Ahad lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan di rumahnya ketika sedang berehat seorang diri, manakala isterinya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan serbuan di rumah suspek sebelum menjumpai sebuah televisyen 29 inci di atas lantai dalam bilik ketiga rumah berkenaan.
Katanya, pemeriksaan ke atas televisyen berkenaan polis menemui satu plastik putih mengandungi empat sampul surat coklat.

“Sampul surat berkenaan dililit menggunakan pita pelekat dan apabila dibuka polis dapati ia mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 2.2 kilogram (kg) bernilai hampir RM150,000.

“Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia mempunyai satu jenayah iaitu penipuan di Banting pada 1992,” katanya, di sini, semalam.
Mohamad berkata, polis percaya suspek menyimpan dadah berkenaan sejak enam bulan lalu sebelum dihantar ke luar negara dengan upah sebanyak RM10,000.

Katanya, suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki warga Nigeria yang kini sedang diburu polis.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Labu, Pandamaran, di sini pada jam 4.30 petang kelmarin, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja.

Mohamad berkata, hasil pemeriksaan badan terhadap suspek, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis ganja seberat 3.35 gram.

“Suspek kemudian membawa polis ke tempat simpanan dadah di sebuah almari pakaian dalam bilik ketiga rumah berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive