Pengikut Boyzzonne

Thursday, November 1, 2012

Pemandu maut kereta junam ke laut di Jambatan Pulau Pinang


GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam laut selepas merempuh Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.9, menghala ke arah Georgetown, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, kereta Proton Persona yang dipandu Tan Kean Loon, 26, dari Air Itam di sini dipercayai merempuh tembok pengadang jambatan sebelum terjunam ke dalam laut.

Kejadian itu hanya disedari selepas pasukan peronda lebuh raya yang membuat rondaan menjumpai tayar kereta
di tepi jambatan manakala tiang lampu juga tumbang ke dalam laut.
Mengesyaki ada kenderaan terjunam ke dalam laut, sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Skuba memulakan gerakan mencari kenderaan dan mangsa kemalangan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk mengesan lokasi kereta mangsa di dasar laut.

“Kereta berjaya diangkat menggunakan kren pada jam 12.30 tengah hari dan mayat mangsa ditemui tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

1 comment:

SHARE THIS

Blog Archive