Pengikut Boyzzonne

Monday, October 29, 2012

Perompak banglo Lam Thye dicekup

RUMAH Lam Thye di Taman Maluri, Cheras yang terselamat daripada dimasuki penjenayah.

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye nyaris menjadi mangsa samun apabila kediamannya di Taman Maluri, Cheras di sini cuba diceroboh oleh empat penjenayah pada awal pagi semalam.
Bagaimanapun, hasrat perompak itu tidak kesampaian apabila gelagat dua daripada mereka yang
memanjat tembok rumah Lam Thye disedari sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan tersebut.
Terkejut disergah anggota polis berkenaan, kedua-dua lelaki terbabit meluru masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes Benz yang menunggu di tepi rumah yang cuba dipecah masuk. Di dalam kereta tersebut terdapat dua lagi suspek.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, keempat-empat suspek yang menaiki kereta Mercedes itu enggan berhenti walaupun dikejar dan diarahkan supaya berhenti.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive