Pengikut Boyzzonne

Friday, November 2, 2012

Nasib bloger erotik ditentu minggu depan


SINGAPURA: Penulis blog erotik, Alvin Tan meminta maaf kepada Universiti Nasional Singapura (NUS) kerana mencemari imej institusi pengajian tinggi itu menerusi laman blognya yang lucah.
Tan yang menghadiri sesi perbicaraan dengan lembaga disiplin NUS semalam akan mengetahui sama ada dia
dibuang daripada universiti itu minggu depan kerana mendedahkan kehidupan seksualnya kepada awam. Pelajar tahun akhir jurusan undang-undang NUS menerusi pembiayaan biasiswa Asean itu menghadiri perbicaraan berkenaan yang bermula pada jam 2.30 petang bersendirian.

Tampil dengan baju merah Polo dan jeans serta serkup kepala berwarna-warni yang dipakai dalam blognya, pelajar berusia 24 tahun itu kelihatan tenang selepas selesai menghadiri sesi perbicaraan tertutup selama satu jam setengah itu. Dia memberitahu wartawan yang menunggunya di lobi universiti itu sejak jam 1 petang, bahawa suasana inkuiri berkenaan sangat serius dan lima anggota lembaga NUS tampil dengan wajah selamba.
“Saya tidak tahu apa kesimpulannya kelak kerana mereka mencatatkan semua yang saya katakan. Sidang perbicaraan itu lebih kepada sesi penjelasan mengenai apa yang telah saya katakan tentang diri saya.

“Saya rasa tidak banyak ruang diberikan untuk saya kemukakan kes saya dan saya hanya boleh berharap senario yang terburuk daripada kes ini dan perlu belajar untuk menerimanya,” katanya. - Straits Times

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive