Pengikut Boyzzonne

Monday, October 29, 2012

Model Korea Saman Doktor RM222 Juta!


Aktres dan juga model, Min Hyo Rin menuntut KRW80 juta atau RM222 juta daripada seorang doktor bedah kerana telah menyalahgunakan namanya untuk kepentingan sebuah iklan.
Iklan yang berjudul ‘Making Min Hyo Rin’s Perfect Nose’ itu telah tersiar sejak 2011 dilakukan bagi
mempromosikan perkhidmatan klinik doktor bedah berkenaan.
Tidak tahulah sama ada Hyo Rin pernah mendapatkan perkhidmatan dari doktor itu atau tidak.
Ini kerana Min Hyo Rin yang berasal dari Korea, sebelum ini pernah menafikan wajah cantiknya itu adalah hasil daripada pembedahan plastik.
Sementara itu, kelmarin, peguam Min Hyo Rin telah meluluskan tuntutan yang diminta oleh Hyo Rin.
Namun, hakim hanya mendenda doktor bedah itu dengan bayaran KRW3 juta atau lebih kurang RM8 juta saja.
Menurut jurucakap agensi yang mengendalikan Min Hyo Rin, mereka akan meneruskan kes tersebut sehingga Hyo Rin mendapat haknya.
“Kami akan tetap meneruskan kes ini. Bukan masalah jumlah wangnya, tapi soal siapa yang nak membayar untuk jadi model?
“Ketika seorang selebriti (Hyo Rin) terlibat dalam kisah negatif, maka ia secara tak langsung turut menjejaskan kerjayanya,” katanya.
Sumber: Malaysiandigest.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive