Pengikut Boyzzonne

Thursday, November 1, 2012

Langkawi kini dikenali 'Naturally Langkawi'

NAJIB (tengah) melancarkan penjenamaan baharu Langkawi sebagai 'Naturally Langkawi' di Langkawi 

LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, 'Naturally Langkawi' atau Langkawi Serba Asli yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelancong.
Menurut beliau, Pulau Langkawi telah membina jenamanya yang tersendiri sejak sekian lama dan ia perlu
diperkukuhkan lagi.
"Penjenamaan tersebut adalah satu daripada inisiatif yang penting kerana ia akan sentiasa bersaing dengan pulau-pulau pelancongan terkenal di dunia.
"Dengan adanya penjenamaan yang kukuh, Langkawi akan lebih dikenali dan lebih menarik di antara pulau-pulau lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan penjenamaan baharu Langkawi di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive