Pengikut Boyzzonne

Sunday, October 28, 2012

'Kemalangan itu buka hati kami'

Keluarga Mohammad dan Ruslan berikrar menjadi penderma organ bagi membantu individu memerlukan
CHENOR - Di sebalik rasa bersalah gara-gara melanggar tanpa sengaja sehingga mengakibatkan seorang remaja berusia 17 tahun maut, seorang suri rumah tidak menyangka insiden itu memberi hikmah kepadanya sekeluarga apabila kini mereka lapan beranak menjadi pengikrar derma organ.

Noriyasimah Ismail, 37, berkata, dia sekeluarga terbuka hati berbuat demikian selepas
mengetahui mangsa adalah seorang penderma organ, namun hanya sepasang mata berjaya didermakan memandangkan organ lain rosak akibat kemalangan itu.

Menurutnya, lebih memeranjatkan, keluarga mangsa seramai sembilan orang turut berikrar sebagai penderma organ.

“Pada mulanya saya tidak ambil kisah mengenai derma organ ini kerana fikiran masih bercelaru akibat kemalangan tersebut.

“Saya rasa sangat bersalah kerana melanggar seorang remaja hingga menyebabkannya maut. Hati siapa akan tenang bila berhadapan situasi itu, saya tidak senang duduk sepanjang hari memikirkan apa yang telah berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Noriyasimah berkata, pada malam kejadian, perasaan takut dan bersalah menghantui dirinya apabila didatangi keluarga mangsa di rumahnya di Kampung Sekara, dekat sini, kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, walaupun kemalangan berlaku tanpa disengajakan, namun pelbagai tanggapan bermain di fikirannya, selain bimbang diherdik keluarga mangsa.

“Tapi sebaliknya yang terjadi, keluarga mangsa datang pada malam itu selepas mengetahui saya tidak dapat ke rumah mereka kerana tidak mempunyai kenderaan selepas kereta saya masih berada di balai polis.

“Mereka pula yang bimbangkan keadaan saya dan ketika itu saya mengetahui lanjut mengenai derma organ ini yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan walaupun kita sudah meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, kemalangan yang berlaku pada 9 Ogos 2012,  kira-kira jam 7 pagi berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan Chenor, mengorbankan  Lukmanul Hakim yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah.

Mangsa dilanggar tanpa sengaja selepas motosikal dibonceng bersama seorang rakan dipercayai terbabas akibat bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum terjatuh memasuki laluan bertentangan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive