Pengikut Boyzzonne

Saturday, November 3, 2012

20 Gambar Farid Kamil Dan Diana Danielle Kahwin (part1)


Gambar Farid Kamil Dan  Diana Danielle Kahwin

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Diana Danielle Danny Beeson (21) bersama pasangannya, Farid Kamil bin Dato’ Dr. Zahari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Flamingo By The Lake Ampang tepat jam 9.15 pagi tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Ybhg. Uztaz Haji Daim Bin Jajuli (Pegawai Tadbir Agama/ Pendaftar Kanan Daerah Gombak) dengan mas kahwin berjumlah RM 10,000.@ohbulan






Menerusi majlis yang penuh bermakna ini, Diana Daniella tampak sangat anggun mengenakan busana tradisional moden berona putih dan pink rekaan Wanpa manakala Farid Kamil kelihatan sungguh segak tatkala mengenakan sut lengkap rona putih rekaan Andy.
Tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan ialah set perfum Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah Polo, Diana’s Mini Bike, sirih junjung, manisan dan foto album. Manakala pihak lelaki membalas lima dulang hantaran berupa helmet dan motorsikal, cincin Tiffany & Co, sirih junjung, buku akaun pelaburan Maybank Gold, serta set telekung dan sejadah.
Majlis telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin serta wakil dari pihak media. Turut hadir sama adalah pengarah urusan MIG Production, David Teo.
Majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada 30 November ini manakala untuk lelaki pula akan berlangsung pada 12 Disember 2012.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive