Pengikut Boyzzonne

Monday, October 29, 2012

Ramai masih tidak tahu bahaya penyakit IEM


MELAKA - Kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya ibu bapa terhadap penyakit metabolik semula jadi (IEM) yang boleh menyebabkan kerencatan akal, kecacatan anggota atau kematian masih berada pada tahap yang rendah.
Menurut Pakar Genetik dan Metabolisme Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ngu Lock Hock, hal itu disebabkan kesukaran golongan berkenaan untuk
mengenal pasti simptom IEM yang terdiri daripada 500 jenis penyakit berlainan.
Beliau berkata, pada masa ini kira-kira 500 penghidap IEM di seluruh negara menerima rawatan di HKL, namun jumlah sebenar pesakit itu dijangka jauh lebih tinggi.
Katanya, IEM yang merupakan gabungan beberapa penyakit keturunan disebabkan masalah genetik sehingga menjejas penghasilan enzim dalam badan manusia.
"Penyakit ini bukan sahaja berlaku kepada bayi di awal usia seminggu malah turut dihidapi golongan dewasa pelbagai peringkat umur bergantung kepada faktor tindak balas enzim dalam badan seseorang individu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Terbuka Persatuan Metabolik Malaysia di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive