Pengikut Boyzzonne

Friday, July 27, 2012

45 butir peluru dalam tubuh Abang - Ditembak adik ketika berburu


 Aktiviti berburu tiga lelaki termasuk dua beradik berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka kini bertarung nyawa selepas tubuhnya tertanam 45 butir peluru penabur akibat terkena
tembakan adik sendiri yang menyangka mangsa babi hutan.

Dalam kejadian di hutan, kira-kira sejam perjalanan dari Kampung Selampit, dekat sini, malam kelmarin, mangsa, Kederin Jikem, 44, parah di perut dan paha. 
Kederin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS), akibat terkena peluru penabur yang dilepaskan adiknya berusia 38 tahun.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama adiknya serta ditemani seorang rakan keluar memburu di hutan sekitar jam 10 malam.

Menurut adik mangsa yang enggan dikenali, sebaik tiba di lokasi pemburuan kira-kira sejam kemudian, mereka berjalan memasuki hutan manakala rakannya menunggu di tempat letak motosikal.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive