Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 25, 2012

Sofia Vergara selebriti siri TV termahal

Bakat lakonan ditambah dengan kejelitaan yang ada pada aktres Hollywood, Sofia Vergara telah meletakkannya sebagai aktres siri televisyen yang mendapat pendapatan paling lumayan dalam senarai Forbes.

Vergara telah memperolehi jumlah pendapatan sebanyak
RM59.9 juta dalam tempoh 12 bulan. Kemunculan Vergara sebagai bintang utama sitkom popular “Modern Family” telah berjaya menambat hati penonton bangsa Hispanic dan juga Amerika.

Selain membintangi sitkom tersebut, aktres kelahiran Columbia ini turut memiliki butik pakaiannya sendiri, iaitu Sofia yang boleh didapati di kedai Kmart, di samping menjadi model bagi jenama terkenal seperti Cover Girl, Pepsi dan Burger King.

Vergara turut pernah membintangi beberapa filem antaranya, “The Smurfs”, “New Year’s Eve”, “The Three Stooges” dan “Chasing Papi”.

Dengan berada di tangga pertama dalam senarai Forbes telah membolehkannya mengatasi Kim Kardashian yang memperoleh pendapatan sebanyak RM56.8 juta, hampir keseluruhan pendapatannya diperoleh menerusi siri rancangan realiti “Keeping Up With The Kardashians”.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive