Pengikut Boyzzonne

Friday, July 27, 2012

Pesakit mental Dakwa dipukul anggota kastam kerana mercun bola


PENGKALAN HULU, Hulu Perak - Seorang pesakit mental menerima 10 jahitan di bahagian mukanya setelah mendakwa dipukul oleh empat anggota kastam di Kompleks Imigresen Bukit Berapit kira-kira 11.30 pagi kelmarin.

Kejadian berlaku setelah mangsa, Ahmad Sukry Shabuddin, 38, dari Kampung Raja Kayu Kuak Luar ditahan oleh anggota terbabit kerana membawa keluar 10 bungkus
mercun bola dari Betong (Thailand).

Ahmad Sukry berkata, kesemua mercun bola itu akan digunakan untuk menghalau musuh tanaman bukannya bertujuan untuk dijual kepada penduduk di sini.

“Namun, anggota terbabit tidak mempercayai alasan yang diberikan seterusnya bertindak memukul saya tanpa belas kasihan.

Menurutnya, dia ditumbuk lebih daripada lima kali oleh salah seorang anggota terbabit sebelum tangannya dikilas dan kepalanya dipijak oleh anggota berkenaan.

“Saya merayu kepada mereka agar melepaskan saya malah turut mengakui kesalahan yang dilakukan. Namun, anggota terbabit tidak mengendahkan malah terus membelasah saya.

Katanya, dia terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit sebelum dibantu polis yang berada di kawasan kompleks itu.

“Anggota polis yang menyapu luka saya sebelum saya dibawa ke klinik Pengkalan Hulu


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive