Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 28, 2012

Polis Pulau Pinang pakai jaket berlampu pada waktu malam


Polis Pulau Pinang menjadi pasukan kumpulan pertama menggunakan jaket berlampu khusus untuk melakukan rondaan pada waktu malam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, penggunaan jaket itu dapat menonjolkan kehadiran
anggota polis di tempat awam dan pada masa sama memberi keyakinan kepada masyarakat berasa lebih selamat ketika bersiar pada waktu malam.
"Sebanyak lima lampu 'flash LED' dipasang pada setiap jaket dan dari jauh lagi orang awam boleh nampak lampu bergemerlapan berwarna biru itu," katanya di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, setakat ini pemakaian jaket itu terhad kepada polis yang bertugas di bandar ini dan ia akan diperluaskan kepada pasukan peronda di tanah besar dalam tempoh terdekat.
"Menerusi pendekatan baru ini kita berharap dapat menutup peluang penjenayah melakukan kegiatan mereka seterusnya mengurangkan kadar jenayah di negeri ini," katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive