Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 22, 2012

Seorang pelatih kolej maut terkena renjatan elektrik di Kl Sentral

Seorang pelatih di sebuah syarikat swasta maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan di KL Sentral hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pelatih berumur 20an dari sebuah kolej di Melaka maut kira-kira pukul 7 pagi tadi.
   
"Ketika kejadian, pelatih itu sedang melakukan kerja penyelenggaraan kabel elektrik di tingkat bawah bersama penyelia dan seorang lagi rakannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
   
Beliau berkata penyelianya yang berumur lingkungan 40-an itu dan rakan mangsa hanya cedera kerana sempat menyelamatkan diri.
   
"Penyelianya juga cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya," katanya.
   
Mangsa mati di tempat kejadian dan polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut, kata Wan Abdul Bari.
   
Beliau berkata mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala penyelia dan rakannya dirawat di hospital yang sama. - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive