Pengikut Boyzzonne

Friday, July 27, 2012

Kes Samun - Wanita Dikejar Enam lelaki Warga Asing


Seorang peniaga berdepan detik cemas apabila dikejar dua kereta dinaiki enam lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Pinggiran Putra, dekat sini, kelmarin.
Mangsa berusia 32 tahun memandu seorang diri dikejar enam lelaki warga asing itu yang turut
merosakkan keretanya dengan menggunakan sebatang besi.

Difahamkan, mangsa terpaksa menggunakan laluan bertentangan bagi menyelamatkan diri walaupun tahu ia membahayakan nyawa sebelum menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
Mangsa, Siti Nor Mohd Yusof, 32, berkata sebaik menghantar rakannya di sebuah apartmen berdekatan, dia berhenti di tepi pondok pengawal sebelum enam lelaki yang menaiki dua kereta berhenti dan keluar memukul belakang keretanya dengan menggunakan besi.

Katanya, terkejut dengan keadaan itu, dia terus memecut keretanya untuk pulang ke rumah tetapi dikejar enam lelaki itu sejauh kira-kira lima kilometer.

“Ketika berhenti di lampu isyarat, empat daripada mereka keluar mengejar saya kerana mahu menyamun tetapi saya sempat memecut.
“Bagi menyelamatkan diri, saya masuk ke jalan bertentangan sebelum menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.

Siti berkata, pihak polis datang membantu dan membawanya ke Balai Polis Serdang bagi membuat laporan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive