Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 26, 2012

Gadis maut motosikal dirempuh lori simen


hiasan


Seorang gadis maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori simen di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah berhampiran sebuah
sekolah agama di sini, petang semalam.
Pada kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, Nor Farhana Ahmad, 21, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Mergong di sini, dirempuh lori berkenaan semasa kenderaan berat itu membuat pusingan-U.
Nor Farhana yang cedera parah di beberapa anggota badan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira pukul 9 malam tadi.
Ibunya, Sharifah Shafie, 63, berkata, Nor Farhana yang tinggal bersama rakannya di Simpang Empat dekat sini, sepatutnya pulang berbuka puasa bersamanya di rumah mereka di Taman Wira, Mergong, namun tidak sempat kerana anaknya itu mahu segera ke tempat kerjanya.
"Dia (Nor Farhana) sudah membeli juadah berbuka puasa kerana semasa kejadian terdapat cekodok, mi segera dan milo (tiga dalam satu) bertaburan di jalan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.

1 comment:

SHARE THIS

Blog Archive