Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 28, 2012

Pengemis mewah, kaut RM500 sehari

Kakitangan JKM Johor Bahru menahan pengemis warga China yang ditahan dalam serbuan di bazar Taman Suria
Hanya bersandarkan wajah simpati, seorang pengemis wanita dari Pakistan mampu meraih pendapatan mencecah RM500 dengan meminta sedekah di persimpangan bertingkat berhampiran Plaza Angsana, di sini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, wanita berusia 45 tahun itu berjaya
dicekup kakitangan JKM dalam serbuan pengemis yang dijalankan di sekitar kawasan berkenaan, kelmarin.

“Salah seorang yang ditahan merupakan wanita warga Pakistan ketika sedang berkeliaran di sekitar Jalan Skudai dengan meminta sedekah dari setiap pemandu yang berhenti di persimpangan lampu trafik,” katanya.

Manayi berkata, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan yang mula memasuki negara ini sejak bulan lalu, berjaya mengumpul kira-kira RM500 hasil dari kegiatan meminta sedekah itu dalam masa sehari.

Selain itu katanya, serbuan sama turut dijalankan di sekitar Bazar Ramadhan Taman Suria, di sini yang membawa kepada penahanan dua pengemis yang terdiri daripada orang kurang upaya warga China dan rakyat tempatan.

“Mereka yang ditahan di Taman Suria merupakan orang kelainan upaya iaitu masing-masing berusia 47 dan 41 tahun.

“Kedua-dua pengemis warga asing telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Johor untuk tindakan lanjut manakala pengemis warga tempatan ditahan sementara selama sebulan di Rumah Sri Kenangan Ungku Mohsin bagi mengesan warisnya.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive