Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 26, 2012

Rangka tulang Mona Lisa semakin hampir ditemui


SEORANG ahli arkeologi melakukan kerja-kerja dekat rangka manusia di sebuah kubur di biara Sant'Orsola di Florence kelmarin yang dipercayai wanita dalam lukisan Mona Lisa.

 Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant'Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.
Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam
misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini.
Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu.
Ia dilakukan selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di biara tersebut selepas kematian suaminya.
Rangka-rangka manusia itu akan dikaji bagi mengetahui sama ada ia kepunyaan Gherardini.
Selepas identiti rangka manusia itu diketahui, kerja-kerja untuk membentuk semula mukanya akan dilakukan selama dua bulan.
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona Lisa.
Lukisan itu dihasilkan antara tahun 1503 dan 1506.
Ketika ini lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Louvre, Paris. - AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive