Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 26, 2012

Gempa bumi di Simeulue, Aceh ragut satu nyawa



JAKARTA – Gempa bumi berkekuatan 6.4 pada skala Richter di Simeulue, Aceh pagi ini mengorbankan satu jiwa dan mengakibatkan 20
bangunan rosak, demikian menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Mangsa yang dikenali sebagai Abudal alias Puyong, 65, meninggal dunia setelah terjatuh semasa berusaha menyelamatkan diri.
Beliau juga dilaporkan menghidap penyakit darah tinggi.
Di antara bangunan yang rosak itu di tiga buah daerah kecil di Simeulue itu termasuklah lima buah masjid, lima buah pusat kesihatan masyarakat, tiga buah sekolah dan sebuah pasar.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia melaporkan gempa bumi pukul 7.27 pagi itu berpusat di 24km ke barat daya daerah Simeulue, 317km ke barat daya Medan, Sumatera Utara dan 1,546km ke barat laut Jakarta. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive