Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 26, 2012

Bayi maut tercampak - Kemalangan Kilometer 37, Jalan Temerloh- Mayam dekat Bera

Mayat Mohamad Aysisy ditutup selepas tercampak keluar ketika kedua-dua kenderaan bertembung.

Seorang  bayi berusia setahun  maut tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya setelah kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 37, Jalan Temerloh- Mayam dekat Bera.

Dalam nahas kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa Mohamad Aysisy Shfyi’ Mohd Rizail, 1, yang sebelum itu berada di pangkuan
ibunya di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kemalangan itu, ibu mangsa, Salma Mohd Sadali, 21 cedera parah apabila patah bahu dan terkoyak kulit muka.

Menurutnya, pemandu kereta Mohd Rizail Abd Kadir, 32 yang bertugas sebagai anggota tentera di Markas Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Kementah, Kuala Lumpur dan seorang lagi anaknya, Qaseh Nur Syifa’, 2, hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu lori, Mohamad Mazani Yusof, 27, dari Felda Bukit Goh dekat sini turut terselamat dan juga hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, empat sekeluarga dari Felda Sebertak itu dipercayai dalam perjalanan ke Felda Kumai dari arah Temerloh.

“Ketika sampai di lokasi nahas, lori yang dipandu Mohamad Mazani dari arah bertentangan hilang kawalan dan nyaris terbalik ketika cuba mengelak sebuah lori balak yang memotongnya di sebelah kanan.

“Tindakan pemandu lori terbabit mengelak ke kiri menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang imbangan memandangkan permukaan jalan di kawasan itu tidak rata,” katanya.

Mohamed Fauzi berkata, pemandu lori menekan minyak untuk masuk kembali ke laluan namun kenderaan tersebut tersasar ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dinaiki empat beranak itu.

“Akibat pertembungan itu, kereta jenis Proton Persona itu terseret beberapa meter manakala mangsa yang berada di pangkuan ibunya tercampak keluar melalui bahagian pintu depan sebelah kiri yang tercabut.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive