Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 21, 2012

Akibat Intai Perempuan Kencing


Kaki Intai kena Denda Rm800
Gara-gara mengintai seorang wanita membuang air kecil di dalam tandas, seorang jurujual didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Bobby Ng Hock Ann, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengintai wanita berusia 33 tahun itu dengan niat hendak mengaibkan kehormatan wanita tersebut.
Dia yang tinggal di Taman Bukit Maluri, Kepong, didakwa melakukan kesalahan itu di tandas wanita Aras LG, Kompleks Desa, Jalan Kepong, Kepong di sini pada 11 pagi kelmarin.
Dia didakwa mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh memanjat dinding di tandas bersebelahan tandas wanita itu dan kemudian mengintai dari atas semasa wanita itu membuang air kecil.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive