Pengikut Boyzzonne

Friday, July 20, 2012

Rela Buru Burung Tembak Budak disangka Burung


MOHD. ROYDY menunjukkan kesan serpihan peluru dilepaskan seorang pemburu yang mengenai bahu kirinya dalam kejadian di Kuala Berang

 Seorang pelajar cedera di bahu kiri apabila terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menyangka mangsa sebagai burung ketika sedang berburu di Kampung Kuala Kejil, Kuala Berang baru-baru ini.
Kejadian pukul 7 malam, 2 Julai lalu itu berlaku apabila Mohd. Roydy Abdul Razak, 17, sedang memanjat sebatang pokok kundang untuk mengambil sarang burung sebelum
suspek yang sedang berburu terus melepaskan tembakan ke arahnya sebaik melihat pokok berkenaan bergoyang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa yang cedera di bahu kiri selepas terkena serpihan peluru dari senapang patah berkenaan kemudian turun sebelum memberitahu terasa kebas.
Katanya, mangsa kemudian telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Bukit Payong bagi mengeluarkan serpihan peluru tersebut keesokan harinya.
"Perkara itu lambat dilaporkan kerana keluarga suspek telah bersetuju untuk menanggung kos perubatan mangsa. Namun sebaliknya berlaku hingga membuatkan keluarga mangsa bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Berang

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive