Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 21, 2012

Tawar kursus relevan untuk pelajar CGPA 2.8 ke atas


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) disaran supaya mencari jalan untuk menawarkan bidang pengajian yang relevan serta dipilih sendiri oleh pelajar terutamanya kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan (gambar) berkata, ia perlu dilakukan bagi mengelakkan pelajar menjadi tidak bermotivasi jika bidang pengajian yang ditawarkan tidak sesuai dengan mereka.
Selain itu, katanya, pemilihan bidang pengajian juga perlulah relevan dengan kehendak pasaran masa kini bagi membolehkan pelajar mendapat permintaan yang tinggi dalam sektor pekerjaan selepas tamat pengajian.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive