Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 19, 2012

(Gambar) TUDM bakal terima Eurocopter ganti Nuri


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima dua daripada 12 pesawat baharu jenis Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri pada akhir tahun ini atau
selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Kesemua 12 pesawat itu berharga RM1.604 bilion.
Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Rodzali Daud berkata, juruterbang TUDM telah dihantar ke Perancis untuk menjalani latihan menggunakan pesawat baharu itu.
"Pesawat terakhir dijangka diterima pada Januari 2014. Dua daripadanya akan ditempatkan di Kuantan manakala stimulatornya di Subang," katanya selepas menyampaikan sayap penerbangan kepada 41 orang pegawai tentera yang menamatkan kursus di Pangkalan TUDM di sini semalam.
Seramai 25 orang termasuk dua daripada Tentera Laut Diraja Malaysia mengikuti kursus latihan penerbangan lanjutan Pilatus PC-7 manakala 16 lagi mengikut kursus asas penerbangan helikopter.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive