Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 19, 2012

Pondok Cinta Untuk Seks Bebas


Kemboja – Sebuah kampung di Kemboja mempunyai cara tersendiri untuk menggalakkan anak perempuan mereka memilih pasangan, dengan membina sebuah pondok cinta.
Apabila gadis tersebut baligh, atau mungkin lebih muda, pondok cinta itu akan menjadi tempat tinggal mereka dan gadis ini boleh memilih teman lelaki sebelum
menentukan yang mana satu cinta hati mereka.
Adat ini diamalkan oleh puak Kreung, yang percaya ia merupakan langkah terbaik untuk wanita memilih pasangan hidup mereka.
Gadis-gadis berkenaan juga bebas melakukan hubungan seks tanpa halangan daripada keluarga.
Bagi seorang gadis, Nang Chan, 17, dia kini menetap di pondok cinta berkenaan yang dibina di belakang rumah ibu bapanya.
“Pondok ini memberikan kebebasan kepada kami dan ia merupakan satu cara terbaik untuk kami mencari cinta sejati.
“Jika saya menemui teman lelaki yang istimewa dan saling mencintai, maka kami akan melakukan seks di pondok ini,’’ katanya.
Namun, kata Nang Chan, jika dia menemui lelaki lain yang lebih menarik, maka dia tidak akan melakukan lagi seks dengan bekas teman lelakinya itu.
Menurut penduduk di situ, dengan melakukan adat tersebut, perceraian dan keganasan seks di kampung itu dielakkan manakala gadis-gadis pula akan bertunang lebih awal dengan pasangan pilihan mereka.
Bagaimanapun di sebalik hubungan seks bebas di kalangan pasangan muda yang berkahwin ini, ia bukan sahaja menyebabkan merebaknya masalah sosial malah menyebabkan penyebaran HIV dengan cepat.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive