Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 21, 2012

Jurujual Tunggu Isteri mati Ditembak Di Segamat -


Sebuah keluarga tidak menduga kehilangan ketua keluarga menjelang Ramadan hari ini apabila lelaki itu maut ditembak di depan sebuah pusat karaoke di Jalan Muhibah 3, Bandar Utama di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi, mangsa, Asnan Yunus, 28, dari Kampung Jawa Segamat maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan di rusuk, tengkuk dan bawah telinga yang semuanya di sebelah kiri badan.
Kejadian tersebut berlaku hanya kira-kira
1.5 kilometer dari rumah mangsa dan kira-kira sepuluh minit sebelum isteri mangsa habis waktu bekerja.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Md. Anuar Ismail berkata, sebelum kejadian Asnan berdiri di luar kereta Proton Wira yang dipinjam daripada seorang rakan menunggu isterinya keluar dari pusat karaoke tempat wanita itu bekerja.
Bagaimanapun, menurut beliau, belum sempat isteri mangsa keluar dari pusat karaoke tersebut, Asnan tiba-tiba ditembak dengan beberapa das tembakan oleh penyerangnya.
"Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.53 pagi dan siasatan mengesyaki sebelum kejadian terdapat sebuah kenderaan menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive