Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 19, 2012

Polis Hentak kepala pekerja hotel guna pistol


GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan seorang anggota polis menghentak kepala seorang pekerja hotel dengan pistol dalam kejadian di Seremban 2

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menghentak kepala seorang pekerja hotel dengan pistol hanya kerana salah faham mengenai pemulangan baki wang pembelian ais krim ditahan kelmarin.
Kejadian pukul 2.50 pagi di sebuah hotel bajet di Seremban 2 itu berlaku apabila pegawai berusia 32 tahun tersebut datang bersama
tiga rakannya untuk menginap di hotel tersebut.
Ketika hendak mendaftar masuk hotel, pegawai terbabit dikatakan bertengkar dengan dua pekerja hotel kerana salah faham di kaunter lobi. Kejadian itu dirakamkan selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, akibat tidak berpuas hati, pegawai terbabit bertindak memanjat kaunter lobi lalu menunjukkan pistol sebelum menghentak kepalanya dengan belakang pistol selepas berang dengan ugutan mangsa yang ingin membuat laporan polis.
Selain kepala, hentakan itu turut mengenai telinga mangsa.
Suspek kemudian ditahan selepas dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda tiba. Mangsa turut dihantar ke hospital oleh polis.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive