Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 18, 2012

GPS Lokatoo dipertingkatkan


WAN MOHAMAD SALEH (dua dari kanan) dan Azizi (dua dari kiri) selepas melancarkan Lokatoo baharu di Kuala Lumpur 

Penyedia peranti, perisian dan penyelesaian navigasi, Milan Utama Sdn. Bhd. (Milan Utama) bercadang untuk mengedarkan sistem penentu kedudukan global (GPS), Lokatoo yang baharu dan
dipertingkatkan di pasaran runcit menjelang akhir tahun ini.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Wan Mohamad Saleh Wan Mahmood berkata, Milan Utama ingin mengambil peluang daripada pasaran berpotensi yang menyaksikan pertambahan bilangan kenderaan yang kini mencecah sekitar 20 juta buah di jalan raya.
“Kami sedang membuat persediaan dan meneliti perkara ini agar ia tidak mengganggu perniagaan sedia ada kami yang menyediakan Lokatoo kepada syarikat pembuat kenderaan seperti Proton Holdings Bhd., Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. dan Isuzu Malaysia Sdn Bhd.,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis memeterai perjanjian usaha sama antara Milan Utama dengan Telekom Malaysia Bhd., (TM) bagi peningkatan kandungan sistem Lokatoo.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive