Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 21, 2012

Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan mati dibunuh

Tragedi Ramadhan.Niat Warga emas pakai Gelang tidak kesampaian.

Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah di rumahnya di kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd. Ismail Ibrahim berkata, mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka kira-kira 9.20 malam.
Beliau berkata, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui.
Katanya, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive